Monday, 2 January 2017

PUYUH DAGING MENGERAM!!

  Puyuh Pendaging dan Puyuh Mini / Jepun di Aviari  Budgie C

Biasanya Abang Shah akan balik kampung tiap hujung minggu di Gunung Semanggol, Perak. Kalau dah hobi membela, memang pantang ada cuti, mesti balik kampung. Rindu beburung budgie, merpati, arnab dan ayam-ayam yang ada. Paling best lepak dengan burung-burung budgie di aviari. Sambil tu, tengok juga puyuh-puyuh daging & puyuh mini/ Jepun yang berlari-lari berkejaran mengutip sisa sekoi/sambau/millet yang jatuh dan serangga-serangga kecil di lantai aviari..puyuh-puyuh ni pun da jinak, ada yang nakal suka patuk-patuk kaki especially kalau air dalam tong dah abis dan lewat top-up baru hehe...

Untuk keselesaan puyuh-puyuh ni, Abang Shah dah buat beberapa sarang /nestbox untuk diorang bertelur especially si puyuh mini/ Jepun yang memang pandai mengeram. Tapi, yang lucunya bukan puyuh mini yang bertelor dalam sarang tapi si puyuh pendaging..ada 3 ekor je puyuh pendaging, sekor jantan dan dua betina.. dua-dua puyuh daging betina (sekor color coklat kelabu biasa, sekor lagi putih bertompok/tuxedo)...dua-dua bertelor dalam pasu..SETIAP HARI!

Baru tau, rupanya puyuh daging pun nak juga sarang cuma sebab sebelum ni tak dibuat sarang untuk diorang, maka bersepahlah telornya..kami kutip dan buat santapan heehe..cuma kali ni bila diorang bertelor setempat (sepatutnya sarang untuk puyuh mini), kami cuba biarkan dia mengeram... mana tahu menetas (angan2 hehe)...

Genap 2 minggu, masih belum ada tanda menetas, sekor puyuh betina color putih dah give-up..dia tinggal je telor n bawak diri macam single je, takde komitmen hehe..telor dia yg pecah pun banyak busuk, macam tak ada benih..kebetulan jantan tunggal puyuh daging tu memang cedera sebelah kaki, terbelit tali tirai pintu, macam dah patah...so, memang kemampuan dia untuk mengawan macam dah tiada huuhu.. bila jadi macam tu, harapan pada seekor lagi betina puyuh yang color coklat kelabu pun dah makin kurang...kalaupun dia pandai mengeram, kalau tiada benih tak guna jugak!! hihi...

So, Abang Shah cuba asingkan telor yang elok dengan yang buruk..dah penuh pasu (sarang/nestbox) dengan telor, sebab puyuh daging ni, walaupun tengah ngeram, dia bertelor jugak...produktif sungguh.. rasanya dekat 18 biji semuanya!! memang xsemua puyuh tu boleh eramkan dengan saiz badan dia yg kecil tu...
Puyuh Pendaging Jenis Tuxedo


Puyuh Pendaging Jenis Biasa / Brown



Bila asing2, baru Abg Shah perasan ada dua  saiz dan color telor..maksudnya dua jenis telor dari ibu yang berbeza...bila disuluh dengan torchlite, yang besar memang tak ada benih sebab tak ada tompok darah..sementara satu jenis lagi semua gelap/ mcm berisi..ada 8 biji telor besar yang Abang Shah keluarkan & ready untuk dibuat lauk hehe...baki dlm sepuluh biji tu ada yang pecah..hasilnya, cuma 8 biji yang dibiarkan terus dieram, walaupun tak letak apa-apa harapan..selepas tu Abang Shah biarkan je seperti biasa..tiba-tiba puyuh puti yang dah give-up ngeram sebelum ni, masuk ke sarang puyuh coklat (puyuh coklat keluar cari makan sebentar).. so, confirmlah yang telor-telor besar yang Abang Shah keluarkan tu telor puyuh putih ni..dia bertelor semula dalam sarang yang puyuh coklat..mujur telor dia tak berbenih (mungkin dia tak mengawan dengan si jantan tunggal, maka semua telornya tak berbenih walaupun dieramkan puyuh coklat)...



CUTI TAHUN BARU

Alhamdulillah, semalam Abang Shah luangkan masa di aviari budgie c..biasalah cuti-cuti (Tahun Baru 2017) kalau tak luangkan masa dengan beburung budgie kesayangan memang tak sah. Macam biasa, abang Shah bersihkan aviari & jamu diorang makan.. memang asyik layan diorang, dah makin jinak, tanpa roti (makanan favorite diorang) pun diorang dah berani hinggap di tapak tangan hehe..cute betul makhluk Allah ni, bijak pulak tu..

Sebab dah lama tak tengok perkembangan telor-telor puyuh pendaging yang tengah mengeram (alhamdulillah masih istiqamahh mengeram walaupun dah lebih dua minggu :) )..ada 8 biji semuanya..bila Abang Shah angkat dan teliti satu-satu, ada tanda retak macam diketuk...  untuk pastikan, Abang Shah periksa telor yang lain jugak...semuanya berat..bila angkat dan letak di telinga, memang ada bunyi dari dalam... ada 4-5 biji yang positif... wahhhh... TELOR DAH NAK MENETAS!!!!!
Baki Telor Yang Dieramkan


Retakan hasil ketukan "baby bird" yang nak menetas :)


Seronok betul, walaupun nilainya murah dan tak secomel puyuh mini/ Jepun tapi sebab bukan perkara biasa puyuh pendaging mengeram dan tetaskan sendiri anaknya, memang sangat-sangat HAPPY.. Alhamdulillah...

cuma yang sedih, petang ni jugak Abang Shah kena balik USM, Penang.. esok dah kerja...teringin benar nak rakam detik-detik diorang menetas (insyaAllah).. apapun abg Shah dapat juga ambil gambar yang ada.. harap ada peluang nak videokan pula nanti insyaAllah... Aamiin :)

Thursday, 29 December 2016

Puyuh 'Bodyguard'

Di RHS, kami memelihara 2 jenis puyuh utama iaitu puyuh pendaging & puyuh mini /Button Quail (BQ). Puyuh pendaging terdiri dari jenis biasa (Brown) dan Tuxedo (Putih bertompok coklat hitam). Secara asasnya, tujuan kami memelihara puyuh ini adalah sebagai 'Pengawal' lantai kandang. Beberapa ekor puyuh akan ditempatkan di kandang merpati dan burung budgie sebagai pengawal serangga perosak seperti lipas, semut, cengkerik dan sebagainya. Serangga-serangga ini yang selain memakan makanan burung-burung peliharaan, juga turut membahayakan unggas-unggas secara langsung atau tidak langsung. Semut gatal dan semut hitam membahayakan anak-anak burung yang masih kecil dan juga burung yang cedera. Selain itu, kehadiran semut dan serangga akan mengundang kehadiran cicak yang juga membahayakan anak-anak burung budgie dan telurnya. Cicak merupakan pemangsa kepada anak-anak burung yang baru menetas dan telur. Lipas pula selain memakan sisa makanan burung, juga berpotensi menyebarkan penyakit kepada burung peliharaan. Puyuh merupakan calon terbaik sebagai pelengkap kandang burung kerana daya tahan dan kelasakannya terhadap penyakit serta tabie lebih banyak masa di tanah/lantai kerana keupayaan terbangnya yang terhad. Maka, puyuh tidak akan mengganggu sarang-sarang merpati dan budgie di atas. Dari pengalaman sendiri, puyuh juga sangat toleransi dan mudah berkawan dengan burung-burung lain. Puyuh juga pernah saya jadikan 'baby sitter' untuk anak ayam hutan kacuk dan anak puyuh yang lain. Walaupun secara  umumnya puyuh tidak 'menjaga' anak-anak ayam hutan kacuk dan anak puyuh yang lain, tetapi sifatnya yang tidak agresif (boleh makan bersama dengan anak-anak burung/ayam) dan sudi menumpangkan sayapnya sebagai selimut untuk anak-anak burung, sangat membantu untuk memberi keselesaan dan rasa tenteram/selamat bagi anak-anak burung/ayam yang ketiadaan ibu.






Thursday, 15 December 2016


PROSES PENYUSUAN ARNAB


Arnab adalah haiwan yang sangat berhati-hati apabila mempunyai anak. Seperti juga tikus, aiwan akan berusaha agar pemangsa tidak mengetahui kedudukan sarang dan anak-anaknya. Maka, tidak hairan jika kita jarang melihat arnab duduk di dalam sarang bersama anak-anaknya, apatah lagi menyusukan anak-anaknya di depan kita. 

Secara amnya, arnab hanya meluangkan masa selama 5-10 minit sahaja setiap hari di dalam sarangnya untuk menyusukan mereka! Itupun biasanya pada waktu malam atau awal pagi.

Adalah biasa bagi seorang pemelihara arnab baru (Beginner/ Newbies) yang rungsing kerana arnab seolah-olah tidak pandai menjaga anak atau mengabaikan anak-anaknya. Maka, Tuan-tuan arnab ini akan cuba pelbagai cara, termasuk mengangkat ibu arnab dan meletakkannya di dalam sarang, dengan harapan dia akan menyusukan mereka. Padahal, jika tidak kena caranya, mereka sebenarnya menambahkan stress ibu arnab dan menghasilkan suasana tidak aman/selamat bagi arnab. Akibatnya, ibu arnab akan mencederakan anak-anaknya secara sengaja (seperti menggigit anak-anaknya) atau tidak sengaja (melompat-lompat secara tidak tenteram sehingga terpijakkan anaknya).

Oleh itu, langkah yang terbaik ialah seperti di bawah :-

1. Arnab biasanya bunting dalam tempoh sebulan (27-32 hari), maka adalah penting menyediakan sarang/ nestbox awal sebelum hari kelahiran. Seminggu lebih awal adalah lebih baik supaya ibu arnab dapat membiasakan diri dengan sarang tersebut.
(Saya selalunya letak awal, kadang-kadang arnab tak bunting pun saya letak sebab arnab selesa tidur dalam nestbox. Seperti manusia, arnab boleh dilatih untuk mengasingkan tempat berak dan tempat tidur :) )

2. Sarang/ nestbox yang baik adalah yang cukup untuk memuatkan ibu arnab sahaja, jangan terlalu besar kerana arnab selesa jika nestbox tersebut tidak terlalu 'lapang'. Secara semulajadi, arnab mengorek lubang tanah/ terowong yang cukup untuk memuatkan dirinya sahaja. Dengan ini, arnab berasa selamat dari dicerobohi oleh pemangsa. Selain itu, ruang yang sekadar memadai juga dapat menampung haba supaya anak-anak arnab tidak kesejukan.
(Saya biasanya letakkan raga/ bakul plastik yang sesuai dengan saiz arnab, dan ikat pada sangkar supaya bakul tersebut tidak terbalik ketika arnab melompat masuk. Ada juga yang guna papan/kayu tetapi pastikan dasar nestbox dibuat dari jaring halus supaya air kencing anak-anak arnab tidak mengotorkan nestbox. Malah, ada juga ibu arnab yang 'kurang bijak' suka kencing dan berak dalam nestbox. Macam manusia juga, tak semua arnab 'bijak' hehe )

3. Pastikan makanan dan air bersih mencukupi supaya  ibu arnab mempunyai nutrien yang mencukupi untuk diri dan anaknya. Tidak jarang saya ditanya kenapa ibu arnab memakan/kanibal anaknya sendiri. Kes kanibal sebenarnya amat jarang berlaku jika ibu arnab diberi makanan yang cukup nutrien khasnya jumlah protein yang mencukupi. Naluri kanibalisme/ memakan anaknya sendiri biasanya wujud jika ibu arnab mendapati anak-anak tersebut sememangnya terlalu lemah untuk hidup (tiada harapan). Selain itu, proses kelahiran memerlukan tenaga yang sangat tinggi, maka ibu arnab sendiri kekurangan nutrien untuk dirinya. Pilihan 'protein termudah' bagi dia ialah anak-anaknya sendiri. Maka, daripada menyalahkan ibu arnab, sepatutnya kita berasa kasihan dengan keadaannya itu. Biarkan ibu arnab ini rehat/berpantang dahulu sebulan dua sebelum dikahwinkan semula, kemudian penuhi segala keperluan makan, minum, tempat yang bersih dan selesa serta aman (dari gangguan dan ancaman). InsyaAllah, ibu arnab ini akan pandai menjaga anak-anaknya dengan baik.
(Saya sering tambahkan makanan berunsur herba seperti pokok ginseng jawa, daun belalai gajah, daun pandan, daun pisang dan ulam raja sebagai kudapan/ makanan sampingan kepada ibu arnab semasa tempoh bunting dan melahirkan. Selain berkhasiat (menambahkan susu dan tenaga), saya berpendapat daun-daun ini juga adalah terapi supaya arnab selesa dan tidak stress. Arnab sememangnya menyukai dedaunan hijau, jadi jika kita 'belanja' dengan dedaunan/ apa yang mereka suka, insyaAllah mereka akan selesa. TAPI INGAT, jangan terlalu banyak sebab nanti akan memudaratkan. Analogi mudah, kanak-kanak memang sukakan coklat, kalau kita bagi sekali sekala memang diorang suka, tapi kalau dah banyak, pasti memudaratkan. Benda sedap susah nak berhenti makan kan :) )


4. Pada hari kelahiran yang dijadualkan (pastikan anda merekod tarikh arnab dikahwinkan), elakkan terlalu kerap melihat ibu arnab. Ini akan mengganggu emosi arnab tersebut (arnab pun pemalu jugak hehe). Fahami sifat arnab, sebagai haiwan yang lemah dan terdedah kepada mangsa, arnab sangat berhati-hati untuk membuat sarang maka, jangan bandingkan arnab dengan haiwan seperti kucing dan anjing yang sentiasa bersama anak mereka kerana mereka mampu mempertahankan anak-anaknya.
 (Saya lakukan benda sama masa mula-mula bela arnab. Rupanya saya sendiri yang undang stress pada arnab. Sekarang dah ok, dah tak se 'excited' dulu hehe)

5. Selepas melahirkan (biasanya 2-8 ekor, setakat ini paling banyak saya dapat 9 ekor untuk satu induk dan semua survive sehingga putus susu), ibu arnab perlukan makanan berprotein tinggi. Pastikan pellet berkualiti dan air bersih sentiasa mencukupi.  Anda juga boleh menambah hay (jerami) alfafa yang berprotein tinggi dan oat. (Saya biasa memberikan oat dan ginseng jawa untuk menambahkan susu ibu arnab. Saya juga pernah diberi petua untuk memberi biji soya yang direndam semalaman kepada ibu arnab. Tapi cuma 10 biji sehari, jangan terlalu banyak!!)

6. Adalah normal bagi anak-anak arnab untuk terus menyusu sebaik sahaja dilahirkan (ya sebaik sahaja!). Maka, selepas itu, anak arnab akan tidur nyenyak secara berkumpulan. Selain memudahkan ibu untuk menyusukan, anak arnab yang tidur berkelompok akan saling menghangatkan. Anak arnab harus dielakkan dari terkena basah/air kerana arnab dilahirkan 'buta' dan tidak berbulu. Sebaiknya, pastikan ada pembasmi serangga yang bersesuaian dan yang paling penting, sangkar/kandang sentiasa bersih dari sisa najis dan makanan supaya tidak mengundang serangga seperti semut.(Saya biasa menyembur ekstrak serai wangi dan kadang kala membakar sabut berhampiran barn arnab untuk mengurangkan masalah serangga terutamanya nyamuk)

8. Seperti dimaklumkan terdahulu, ibu arnab amat jarang dapat dilihat menyusukan anaknya. Malah melihat dia bersama anaknya di dalam sarang/nestbox pun jarang. Jangan bimbang, itu NORMAL. Arnab tidak seperti kucing yang 'sentiasa menetekkan anak'. Maka, untuk menentukan sama ada si ibu benar-benar menyusukan anak atau tidak, selepas 24jam, periksa perut anak arnab. Jika buncit, maknanya si ibu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Jangan bimbang, anak arnab mampu bertahan sehingga 48jam tanpa disusukan.

Beberapa petanda yang dapat diperhatikan jika anak arnab benar-benar tidak disusukan :-

a. perut anak arnab kelihatan tidak berisi, kurus

b. jalur-jalur tulang rusuk kelihatan (bayangkan manusia yang kurus dengan manusia yang gemuk), anak arnab yang baru dilahirkan seumpama belon, jika kekurangan kandungan air, kesan fizikal ke atasnya akan cepat kelihatan

c. suhu badan anak arnab sejuk. Susu membekalkan nutrien dan tenaga. Tenaga dan metabolisme akan menghangatkan anak arnab yang normal.

9. Jika keadaan di atas berlaku, kita harus susukan anak-anak tersebut secara manual (seperti paparan video di atas). Letakkan satu bakul seperti ditunjukkan di atas  sebuah kerusi yang agak tinggi (arnab normalnya, gayat dengan ketinggian). Letakkan ibu arnab di atas bakul tersebut dan masukkan anak-anak arnab secara beransur-ansur di bawah perutnya. Usap-usap ibu arnab supaya dia stabil dan tenang. Selepas dipastikan semua menyusu sekitar beberapa minit, bolehlah dimasukkan semula ke dalam sangkarnya kembali.
(Arnab yang dipaparkan di atas telah biasa dengan saya/manusia, maka saya tidak perlu usap untuk tenteramkan dia. Kelakuannya mencabut bulu-bulu (khasnya di bahagian perut) adalah untuk membuat sarang bagi menghangatkan anak-anaknya. Secara tidak langsung, bulu-bulu lebat di bahagian perut akan berkurang dan memudahkan anak-anaknya mencari puting susu. Tapi tidak semua arnab mencabut bulu sebelum melahirkan anak, anak juga yang mencabut bulu selepas kelahirannya, malah ada yang tidak langsung mencabut bulu. Tapi jangan bimbang, itu tidak menggambarkan kebolehannya / kemampuannya menjaga anak. Yang penting kita sediakan segala keperluannya dan ikuti perkembangannya secara teratur.

Selamat mencuba!!



**Sebarang pertanyaan dan perkongsian boleh diajukan di ruangan komen & saya akan cuba respon insyaAllah :)



Tuesday, 13 December 2016

My Rabbitry (Koleksi Arnab)

My Rabbitry - RHR (RedHill Rabbitry)

Barn RHR &  Koleksi Arnab


















Lokasi : Gunung Semanggol/ Bukit Merah, Taiping, Perak
Tahun Mula Aktif : 2013 (Bermula sebagai hobi sejak 2008)


Posting Pertama Bro Shah


My Aviary



Jam : 10.50 am
Tarikh : 11/12/2016
Lokasi : Gunung Semanggol, Perak

Misi : Bagi sarapan roti untuk burung-burung budgie kesayangan 😍



Follow me on :-
Facebook : https://www.facebook.com/sham.maliki
Instagram@shahsulaimany
Youtube ChannelShah Sulaiman's Channel